''Dalam era yang semakin maju ini, pendidikan bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka tetapi juga memastikan setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru. Oleh itu,adalah penting bagi guru melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa dan mempunyai kemahiran tertentu untuk menguruskan murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran.
Sistem pendidikan negara yang berkembang pesa.t dan berteraskan teknologi maklumat dan digital menuntut setiap guru supaya menguasai kemahiran ICT. Untuk itu,pada semester kali ini,kami guru pelatih IPGKPM telah diamanahkan untuk menghasilkan blog sebagai salah satu inovasi dalam pendidikan pada hari ini''
0 comments: